Kelas ICT Individu Tatacara Membuka Laman Sesawang Berita Secara Atas Talian

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang hadir ke kelas tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1030AM bertempat di Pusat Internet Kg Pasir Pandak.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada warga emas cara untuk membuka bahan bacaan khasnya berita secara atas talian atau secara maya. Ini kerana beliau ingin mengetahui keadaan atau isu-isu semasa setiap masa selain menonton berita di kaca televisyen yang disiarkan pada jam-jam tertentu.Di samping itu juga, warga emas tersebut diajar juga untuk mencari info-info lain menerusi laman sesawang Google.

Kelebihan kelas ini ialah agar warga emas tersebut dapat atau mahir mencari segala info-info yang diinginkan menerusi laman sesawang yang dinyatakan. Beliau dialu-alukan untuk singgah ke Pusat Internet Kg Pasir Pandak pada bila-bila masa jika perlu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali